Set hello new you cepat dan berkesan untuk kurus sihat dan cantik


Pages

14 May 2023

Set hello new you cepat dan berkesan untuk kurus sihat dan cantik

SET HELLO NEW YOU CEPAT DAN BERKESAN UNTUK KURUS SIHAT DAN CANTIK 

Hi Assalamualaikum 

Syawal masih terasa, open house masih diraikan disini sana. Dah makan aneka jenis juadah segala, tahu-tahu dah naik jarum penimbang daaa.


Kenapa set hello new you ni sangat berkesan pada individu yang nak turunkan berat badan secara sihat? Tanpa pembedahan sedut lemak yang makan berpuluh ribu ringgit, tanpa perlu lapar tahap ekstrim. Asal konsisten set hello new you ni, maka anda akan dapat new body yang menjadi idaman. Pesanan kasih sayang pada kaum wanita, kalau dah slim, elakkan memakai pakaian ketat dan mendedahkan aurat. Lindungi aset-aset dari menjadi tatapan ajnabi.

Nak share juga abah budak5 ni turun 15 kg guna set hello new you disamping jaga makan. Encik suami pernah cecah 90kg dengan tinggi hanya 162 cm je. Berat mata memandang, berat lagi badan nak memikul diri itu. Cepat letih, tidur berdengkur. Sebelum ni join program iFlat, turun sikit dan sekejap, naik macam biasa balik. Dia tak sama kalau orang lain suruh kurus dan sihat berbanding dengan diri sendiri nak kurus dan sihat. 
Bila suruh cek dengan doktor abah budak5 ni tak mahu.
Turun setiap hari 1 kg. Happy tu happy tapi pelik kenapa lemah sangat.




Kat sini nampak ‘kebulatan’ badan dengan lengan dengan ‘ball pack’  kat perut tu.

Rupanya, bulan puasa baru ni, Allah uji dengan masalah kesihatan. Hairannya tu, puasa kali ni lembik sangat-sangat. Asal balik rumah mesti terbongkang tidur. Seharian. Berbuka di masjid habis sejag air buah ditelan. Nasi tak makan sebab tak lalu katanya. Balik buka puasa di masjid, mesti tidur sementara nak tunggu Isyak dan tarawih. Itu pun bila bangun kena mandi dulu. 
Sekali 1 malam dia jadi imam tarawih, ada doktor yang jadi makmum dibelakangnya perasan dengan perubahan encik suami. Katanya, ust, ni tanda-tanda orang kencing manis.
Doktor tu balik rumah sekejap ambil alat cek gula dalam darah. 
Masya Allah, naik 30 terus! Tahap dangerous dah. 
Doktor tu suruh datang ke HTAA esoknya. Syukur lah doktor pakar, ada special pass dan tak perlu tunggu lama. 
Malam tu Kak Wai suruh makan vivix dan suplemen lain. Sahur pulak ambik esp sahaja. 
Esoknya cek turun pada bacaan 18. Still tinggi lagi.



Syukur tak sempat ambil insulin, dalam masa sebulan strict jaga makan, tak tinggal ubat doktor, konsisten suplemen Shaklee, kini gula dah turun bacaan 5-6 dan berat maintain 73-74 kg. 


Ini je lah gambar proper yang ada. 

ADA APA DALAM SET HELLO NEW YOU?



Ada 
• ESP
• CINCH
• OMEGA 
• LECITHIN
• HERBALAX

Jom check it out tengok function semua vitamins ni.










Perfekkkk (bagi bunyi ع sikit)

Nak set hello new you boleh self register disini 
Atau 

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#BlogMegaShaklee





Terima Kasih

No comments:

© Mini Market Home | Template Designed By Blog Bingkisan Hati