.. بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسولنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
اما بعد
Assalamualaikum dan didoakan supaya sihat dan baik-baik semuanya.
Matlamat dan tujuan madrasah ini dibuka :
1. Melahirkan generasi hamalatul (penghafaz) quran yang memahami al-quran dan hadis dengan kefahaman yang sempurna serta dapat mengamalkan didalan kehidupan seharian mereka.
2. Membina shakhsiah (jati diri) pelajar supaya memiliki keperibadian yang tinggi serta mentaati perintah Allah swt dan mengikuti cara Nabi saw.
3. Menjadi sebuah hub pendidikan agama sepenuh masa dan menghidupkan kembali sistem pengajian Deoband dan kitab-kitab turath (kitab warisan ulamak silam).
4. Menyediakan pengajian kesemua cabang uluumuddeeniyyat (ilmu-ilmu agama) dan berakhir dengan pengajian kitab Daurah Hadis (kitab-kitab yang muktabar).
5. Memberi penekanan terhadap bahasa arab sebagai bahasa al-quran dan hadis supaya pelajar dapat lebih mendalami ilmu al-quran dan hadis dengan lebih sempurna.
6. Melahirkan para huffaz yang lebih mantap.
7. Menguruskan sumbangan dan dana supaya dapat membantu untuk menyebarkan harta pusaka Rasulullah saw (ilmu agama) demi untuk mencapai keredhaan Allah, kebaikan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.
Nama madrasah yang telah disepakat ialah Madrasah Diraasatid Deeniyyah Wat Tarbiyah Lil Banat dengan nama pendeknya MADTLAB. Senang nak sebut. Ditubuhkan dan dirasmikan pada 1/2/2013 di Kempadang Perdana, Kuantan, Pahang dengan pelajar seramai 6 orang sahaja. Sebuah rumah banglo disewa buat sementara waktu kerana masih belum ada penempatan yang tetap. Rumah ni dah direnovate sebab itulah ianya besar dan luas dan mampu menampung pelajar yang kini mencecah 80 orang.
Ini adalah antara gambar madrasah bahagian dalam masa mula-mula baru dibuka
Bahagian dapur
Ruang tamu
View dari dapur
View dari hall
Sewa banglo ni asalnya rm 1k, lepas tawar menawar dengan tuan rumah dan buat perjanjian hitam putih, maka kami dapat menyewa rm850 sebulan. Kira ok sangat la tu sbb dapat ruang yg besar dan siap dgn kabinet dapur yg bermarmar. Fully furnished, tinggal cuci kaki je nak masuk.
Ini pula gambar-gambar lepas rumah dicuci. Tahun 2015 merupakan tahun ketiga MADTLAB berjalan.
Kawasan laluan pelajar dan wanita sahaja
(Abaikan buaian yg roboh tu :D )
Beranda luar
Bilik air dan tandas tambahan hasil sumbangan dari Yayasan Pahang, tandas yang sedia ada tak cukup.
Keperluan terdekat :
Oleh kerana bilangan pelajar semakin meningkat, maka kemudahan untuk keselesaan juga dititikberatkan. Pembinaan sebuah kompleks madrasah MADTLAB di Lot 122403, Lorong Cempaka 1, Kg Cempaka, Kuantan diatas tanah seluas satu ekar.. Anggaran kos pembinaan adalah berjumlah 3 juta. Bukannya sedikit kos yang hendak digunakan, kami sedang usaha dan tambahkan lagi dengan amalan tarik rezeki dari Allah.
Dibawah ini disertakan gambar 3D MADTLAB yang di capture dari skrin komputer.
View dari depan
Dari sudut belah kanan
Dari sudut belah kiri
Dari sudut belakang kanan
Dari sudut belakang kiri
Di tingkat atas sekali memang sengaja direka open air dan separuh daripada kawasan tersebut akan ditambah atap untuk pelajar sidai kain. Kalau hujan, tak payah dah berlelah nak berlari ke tingkat 3 kalau mereka berada di tingkat 1. Ruang yang tidak dipasang atap adalah ruang untuk pelajar beriadhah pada setiap hari Selasa dan Jumaat. Dalam kompleks ni juga ada disediakan sebuah rumah untuk warden untuk memudahkan pantauan terhadap aktiviti harian pelajar-pelajar.
Kapasiti kompleks madrasah : mampu memuatkan 200 orang pelajar dalam satu - satu masa.
Sistem pengajian :
• Hafizah (menghafal al-quran sepenuh masa)
• Alimah (pengajian kitab sepenuh masa)
• Kelas untuk muslimat, pengajian kitab haidh, nifas dan istihadhah setiap hari sabtu pukul 10 - 11 am
• Maktab Deeniyyat (pengajian agama untuk kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 6 tahun, lelaki dan perempuan 1 jam setiap hari)
• Hadhonah (pusat jagaan anak-anak kakitangan MADTLAB seawal usia 2 bulan hingga 3 tahun)
Antara kitab-kitab yang dipelajari di MADTLAB:
1. Nahu
2. Sorof
3. Adab dan doa
3. Lughah 'Arabiyah
4. Sirah nabawiyah
5. Feqah
6. Tauhid
7. Tajwid
8. Mantiq
8. Balaghah
9. Mirath
10. Misykat Masobih
11. Tafsir Jalalain
12. Tirmizi
13. Muslim
14. Bukhari (sanad pelajar sampai kepada Rasulullah SAW)
Yuran untuk pengajian kitab dan bahasa arab : rm280 sebulan (asrama), rm230 (ulang alik), rm200 pendaftaran
Yuran untuk hafizah : rm 250 sebulan (asrama), rm200 (ulang alik), rm200 pendaftaran
Asatizah (guru-guru) yang mengajar dan berkhidmat di MADTLAB :
1. Ustaz Zulkamal bin Jusoh (Pengetua)
2. Ustazah Juwairiah binti Ahmad Fuad (Setiausaha)
3. Ustazah Aishah binti Mohamed
4. Ustaz Muaz bin Roshaimi
5. Ustazah Khadijah binti Amer
6. Ustazah Nur Afini Nabilah binti Aznan
7. Ustazah Siti Hajar binti Mohd Nor Azmi
8. Ustazah Shahida Adilah binti Fadhil
9. Ustazah Siti Hajar binti Halimi
10. Ustaz Zaid bin Zulkafaly
11. Ustazah Fatimah binti Adanan
12. Ustazah Hafsah binti Yusof
Kemahiran tambahan :
1. Kemahiran memasak.
2. Kemahiran asas menjahit untuk pelajar yang telah tamat pengajian.
3. Kemahiran komputer microsoft office
Bawah ni pula pamphlet MADTLAB untuk reference.
Belah depan
Belah belakang
Klik pada gambar untuk view yang lebih jelas
Logo lama madrasah
Lori sedang membuang kayu yang tidak diperlukan
Sedang menambun tanah
Kawasan bakal didirikan kompleks MADTLAB
Tapak tanah satu ekar sebelum ditambun setinggi 1 kaki dari jalan
Tapak tanah madrasah yang telah ditambun selepas 6 bulan seluas 1 ekar
iklan yang disiarkan dalam majalah solusi Julai 2016
Pakaian seragam pelajar alimah berwarna biru gelap dan tudung biru cair.
Manakala pakaian seragam pelajar hafizah berwarna ungu dan tudung ungu cair
Sementara pakaian outing atau balik cuti adalah full black
Sementara pakaian outing atau balik cuti adalah full black
Sumber dana :
Sehingga kini pengurusan MADTLAB berjalan lancar melalui yuran pelajar, sumbangan dan zakat individu. Justeru itu, bagi melancarkan lagi perjalanan MADTLAB, kami mengalu-alukan sumbangan terus ke akaun bank diatas nama MADRASAH DIRAASATID DEENIYYAH WAT TARBIYAH LIL BANAT
MAYBANK : 5560 1105 9142 (akaun pentadbiran)
BANK ISLAM : 0601 90100 93564 (akaun pembangunan)
CIMB : 86022 13886
No telefon untuk dihubungi :
016 - 921 5083 (Ust Zulkamal)
013 - 644 7866 (Ustazah Juwairiah)
09 - 534 2654 (Pejabat)
013 - 644 7866 (Ustazah Juwairiah)
09 - 534 2654 (Pejabat)
Terima kasih kerana sudi membaca.
1 comment:
Moga diberikan kejayaan
Post a Comment